Shop by Section

New @ Blog

by norizawati (Saturday, 11th April 2009)
by retroartkids (Monday, 16th February 2009)
0 comments

View All Posts

Share to Social Network

Subscribe

Subscribers (0)

Be the first to subscribe to this e-store. SUBSCRIBE STORE

Find Us on Social Network

Our Facebook

Payments Accepted

local banks

Older Item Catalog  >  Post Natal Care  »  SENDAYU TINGGI-Ammy 60 Days+Corset Newer Item
SENDAYU TINGGI-Ammy 60 Days+Corset
RM426.00  MYR

Ask Seller


ITEM DESCRIPTION

SENDAYU TINGGI - Ammy 60 Days + Ammy Corset

Kekal Jelita, Ramping Menawan Selepas Bersalin

Set Bersalin Sendayu Tinggi

 
SENDAYU TINGGI AMMY CORSET (BENGKUNG)

Pakej Ammy 60 Days merupakan produk lengkap bagi ibu-ibu selepas bersalin semasa tempoh berpantang. Kini didatangkan dengan pakej terbaru yang disediakan bersama kotak Ammy 60 Days yang cantik dan menarik. Mempunyai 11 produk penjagaan yang menyeluruh bagi ibu bersalin dari hujung rambut kehujung kaki bagi menjamin kesihatan dalaman dan luaran. la terdiri daripada 2 bahagian penjagaan iaitu dalaman dan luaran (turut disertakan risalah penerangan terperinci).

Untuk penjagaan dalaman, ia terdiri daripada 6 botol kapsul iaitu kapsul Ammy 60 Days dari hari pertama hingga hari ke 60 dan 5 produk kegunaan luaran iaitu Ammy Heat, Ammy Massage, Tummy Tone, Body Tone dan Oil of Telon (minyak bayi). Amalkan Ammy 60 Days Sendayu Tinggi dari hari ke 60 selepas bersalin untuk membantu mengambalikan kecantikan tubuh badan seperti sebelum bersalin. bagi mendapatkan bentuk badan asal seperti sebelum bersalin gunakan Ammy Corset, bengkung Sendayu Tinggi.

Khasiat Produk

Set Bersalin Sendayu Tinggi terdiri daripada komponen berikut:


Ammy Sixty Days (1-10 hari)
Produk ini dirumus khusus untuk membantu mengelakkan ibu mendapat bentan atau terkena angin/darah meroyan ketika berpantang. Ia dirumus khas untuk membuang dan menghalang angin dari memasuki tubuh. Tubuh ibu akan sentiasa berpeluh selain mengembalikan tenaga agar tidak lemah dan pucat. Ia dirumus khas untuk membersihkan darah beku atau nifas bagi melancarkan darah tanpa rasa rengat atau sakit.
Ammy Sixty Days (1-10 hari)
Ammy Sixty Days (11-20 hari)
Memberikan ibu tenaga, memperbanyakkan dan melancarkan air susu serta membaikpulih luka dalaman tubuh.
Ammy Sixty Days (11-20 hari)
Ammy Sixty Days (21-30 hari)
Merapatkan otot-otot rahim dan tulang punggung selain membaikpulih luka dalaman setelah bersalin. Selain itu,ia memberikan ibu tenaga dan menambah darah.
Ammy Sixty Days (21-30 hari)
Ammy Sixty Days (31-40 hari)
Ubatan herba ini dirumus untuk membantu merehatkan otot rahim, menambahkan darah selain memberikan ibu tenaga. ia juga mampu membaikpulih luka dalaman dan mengecutkan rahim untuk kembali seperti asal. Pada waktu ini, ia juga bertindak mengembalikan bentuk badan kepada kecantikan asal. Malah pada minggu ini juga ia menggiatkan hormon wanita untuk bersedia melakukan hubungan seksual selepas berpantang.
Ammy Sixty Days (31-40 hari)
Ammy Sixty Days (41-50 hari)
Pada hari-hari terakhir berpantang, ubatan herba ini bertindak sebagai penjagaan khusus untuk rahim. Selain itu, mengekalkan otot vagina seperti sebelum melahirkan anak. Malah ia juga, bertindak sebagai kosmetik untuk menyerikan kecantikan ibu dari dalam.
Ammy Sixty Days (41-50 hari)
Ammy Sixty Days (51-60 hari)
Selepas habis berpantang selama 44 hari, penggunaan pada minggu terakhir ini membentuk kesempurnaan luaran dan dalaman tubuh. Badan akan kelihatan segar, bertenaga dan memberi keyakinan kepada wanita untuk terus menjalani alam rumahtangga tanpa rasa was-was.
Ammy Sixty Days (51-60 hari)
Ammy Heat
Minyak panas berwarna hijau ini diperbuat daripada ekstrak rumpai laut dan daun jemujur. Ammy heat akan digunakan bersama Ammy Massage ketika diurut. Ia membantu mencegah badan dimasuki angin, memanaskan badan, mengurangkan sengal tubuh dan mencegah sakit sendi. Untuk keselesaan boleh disapu pada betis dan tapak kaki sebelum memakai stokin yang bertujuan melancarkan peredaran darah ke seluruh badan.
Ammy Heat
Ammy Massage (minyak urut untuk ibu)
Selepas bersalin, seluruh tubuh badan akan mengalami kesakitan. Ini adalah proses biasa bagi ibu yang baru bersalin kerana tenaga yang banyak diperlukan ketika meneran. Minyak ini sangat baik untuk ibu kerana sewaktu diurut ia dapat melegakan ketegangan otot, membetulkan urat-urat, menghalang badan dari dimasuki angin serta menghaluskan kulit. Selain itu ia mampu membantu melancarkan perjalanan darah, menjauhkan meroyan, mengurangkan sembab tubuh dan memanaskan badan.
Ammy Massage
Oil of Telon (minyak bayi)
Bukan sebarangan minyak tapi ia diperbuat daripada herba terpilih. Minyak ini tidak panas sebaliknya sesuai digunakan oleh bayi. Keberkesanannya juga sangat mujarab, antaranya mampu mengatasi masalah kembung perut, selsema, melegakan batuk dan kahak (untuk sapuan luaran saja).
Oil of Telon
Tummy Tone
Ubatan herba berbentuk serbuk halus yang terdiri daripada akar laut, kulit kuning dan buah kedeka ini dirumus khusus untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama dibahagian perut dan peha ketika mengandung. Disamping itu ia juga bertindak untuk mengecutkan otot luaran perut.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja dan biar ia kering. (Satu sudu tummy tone tambah 2 sudu serbuk kacang hijau atau serbuk tepung beras)
Tummy Tone
Body Tone
Body Tone diperbuat khusus daripada herba unik. Antaranya buah cermai, kayu cendana dan kulit kuning yang dirumus khusus untuk mengembalikan kecantikan asal tubuh dengan mengelakkan sembab, mencegah dari angin masuk ke tubuh dan kulit berkedut selepas bersalin.

PERHATIAN! Bagi kulit yang sensitif, sapu tipis sahaja.
Body Tone

Cara Pengambilan

Panduan Dalam Pantang
Untuk permulaan, makan 2 biji kapsul 3 kali sehari (pada waktu pagi, tengahari dan petang mengikut botol yang telah ditetapkan. (Kepada ibu-ibu yang menyusukan anak, sekiranya bayi mengalami cirit-birit dan ruam, sila kurangkan dos pengambilan kepada 2 biji kapsul untuk 2 kali sehari). Sekiranya selepas 60 hari ada kapsul yang berbaki, ulangi pengambilan kapsul pada hari ke-61 bermula daripada botol yang pertama dan seterusnya.

Ketika diurut oleh bidan, hendaklah menggumakan Ammy Massage yang dicampur dengan Ammy Heat. Selepas diurut, badan tidak perlu dibasuh kerana ia akan meresap ke dalam badan, memanaskan badan dan menghaluskan kulit seara perlahan-lahan.

Campurkan Body Tone dengan sedikit air kemudian sapukan keseluruh badan. Ia mampu menyegar, memanas dan mancantikkan kulit serta mengelakkan badan dari dimasuki angin.

Campurkan Tummy Tone dengan sedikit air, cuka atau perahan limau nipis, kemudian sapukan pada perut. Biarkan sehingga kering kemudian barulah memakai bengkung. Ia bertujuan untuk mengatasi masalah perut mengelambir, buncit dan rekahan terutama pada bahagian perut dan paha ketika mengandung. Manakala wanita yang bersalin melalui pembedahan, jarak sapuan pada perut sebanyak dua hingga tiga inci.

* Selepas memakai bengkung, sapu Ammy Heat dari buku lali ke bawah (hingga hujung kaki) sebelum memakai stoking bagi melanarkan peredaran darah keseluruh badan.

* Bagi wanita yang bersalin secara normal digalakkan bertungku, berbengkung, mandi wap herba dan sebaik-baiknya mengamalkan mandi herba selama seminggu selepas bersalin. Manakala wanita yang bersalin secara pembedahan elakkan dari pada bertungku dan berbengkung.

PERHATIAN:
Wanita yang mempunyai kulit sensitif akan mengalami masalah gatal-gatal atau ruam. Bagi mengatasinya hentikan penggunaan Tummy Tone dan Body Tone tetapi teruskan pengambilan kapsul Ammy Sixty Days. Sekiranya tetap ingin menggunakannya, sapu Tummy Tone dan Body Tone dengan sapuan yang amat tipis

 

Semasa dalam pantang, elakkan daripada makanan berikut:
Makanan yang digalakkan:
Minuman sejuk seperti ais dan minuman bergas.
Ikan yang mempunyai bisa (sengat) seperti ikan sembilang, ikan duri dan ikan terubuk (seumpamanya).
Cendawan, jering dan petai.
Semua jenis buah-buahan, terutamanya betik, tembikai dan nanas. (Kecuali buah epal boleh dimakan selepas 20 hari).
Makanan berminyak dan bersantan.
Ikan selar kuning, ikan gelama, ikan haruan dan ikan bilis.
Bawang putih, bawang merah, halia muda dan kencur.
Kentang, lobak putih, lobak merah dan sawi.
Semasa makanan dimasak, lebihkan bawang putih, halia muda dan lada hitam.
Elakkan dari makan sambil minum air.
Lebihkan minuman air suam.


Image

PENGHANTARAN ADALAH MELALUI POSLAJU/COURIER SAHAJA
KOS PENGHANTARAN BERDASARKAN KADAR SEMASA



ADVERTISEMENT  
ITEM REVIEWS :

Have a review for this item? Post your review below:


RELATED ITEMS

About    Catalog    Blog    Contact    Payment    Delivery    Return Policy    Buying    Selling    Widgets   

to top